6 Tahun lalu (2011), saya dianugerahkan oleh Allah SWT seorang anak lelaki dan juga anak sulung kami. Hampir 5 jam menemani isteri di dalam bilik bersalin, suasana bercampur baur melihat sendiri babak-babak saat kelahiran seorang insan ke dunia. Syukur seusai azan asar, bayi lelaki selamat dilahirkan dan kami namakan bayi ini dengan nama Muhammad Fathi Hijazi.
Selepas itu saya terfikir ramai ibu bapa teruja dan sibuk membuat persiapan menyambut kelahiran anak dengan membeli kelengkapan bayi namun minoriti yang kurang membuat persiapan ilmu. Bermula dari itu, saya mula mengumpulkan dan menulis buku kecil cara Islam saat menerima cahaya mata untuk membantu ibu bapa moden hari ini.
Trailer buku Menyambut Kelahiran Cahata Mata Gaya Rasulullah